setiap kali dengar lagu ni air mata aku pasti berlinangan mengenangkan nasib bangsa dan agama kita yang kian dipijak2 oleh kita sesama bangsa dan agama sendiri.. lagu ni memang banyak mengajar aku tentang erti kepentingan kita bersatu hati.. tentang maruah bangsa dan agama kita.. di manakah kita akan berada sekiranya negara kita tergadai kepada tangan bangsa lain dek kerana perbezaan idelogi politik antara kita.. wahai bangsa melayu.. bangunlah dari mimpi yang tak sudah.. rapatkanlah saf kita.. mari kita sama2 bersatu hati untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air yang amat kita cintai ini.. aku tak mau dijajah lagi di zaman serba moden ini.. cukuplah dahulu 466 tahun kita dijajah oleh kuasa luar yang sedar akan potensi yang ada di negara kita.. bermati-matian nenek moyang kita mempertahankan negara.. ramai yang meninggal dunia.. dan kerana itulah kita masih lagi di sini.. menikmati keamanan di negara sendiri.. tanpa mereka tidak semestinya kita hidup selesa sekarang.. tetapi melayu mudah lupa.. dahulu bangsanya dijajah.. melayu mudah lupa bak kata Tun Dr Mahathir.. dek kerana perebutan kuasa kita menjadi lemah.. dek kerana dengki khianat kita menuju rebah.. anak2 bangsa melayu.. sebelum kita rebah.. sebelum melayu punah.. marilah kita sama2 bangkit bersatu.. agar anak2 dan cucu2 kita di generasi akan datang tidak akan menyumpah2 kita kerana tidak mampu pertahankan kemerdekaan ini.. agar mereka tidak akan mencaci kita di masa hadapan seandainya negara kita bukan milik melayu lagi.. agar mereka tidak akan menyalahkan kita apabila mereka menjadi hamba di negara sendiri... ayuhlah wahai bangsaku... kita bersatu.. kita bersatu... kita bersatu..
No comments:
Post a Comment