Thursday, March 22, 2012

Anak Kecil Main Api

setiap kali dengar lagu ni air mata aku pasti berlinangan mengenangkan nasib bangsa dan agama kita yang kian dipijak2 oleh kita sesama bangsa dan agama sendiri.. lagu ni memang banyak mengajar aku tentang erti kepentingan kita bersatu hati.. tentang maruah bangsa dan agama kita.. di manakah kita akan berada sekiranya negara kita tergadai kepada tangan bangsa lain dek kerana perbezaan idelogi politik antara kita.. wahai bangsa melayu.. bangunlah dari mimpi yang tak sudah.. rapatkanlah saf kita.. mari kita sama2 bersatu hati untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air yang amat kita cintai ini.. aku tak mau dijajah lagi di zaman serba moden ini.. cukuplah dahulu 466 tahun kita dijajah oleh kuasa luar yang sedar akan potensi yang ada di negara kita.. bermati-matian nenek moyang kita mempertahankan negara.. ramai yang meninggal dunia.. dan kerana itulah kita masih lagi di sini.. menikmati keamanan di negara sendiri.. tanpa mereka tidak semestinya kita hidup selesa sekarang.. tetapi melayu mudah lupa.. dahulu bangsanya dijajah.. melayu mudah lupa bak kata Tun Dr Mahathir.. dek kerana perebutan kuasa kita menjadi lemah.. dek kerana dengki khianat kita menuju rebah.. anak2 bangsa melayu.. sebelum kita rebah.. sebelum melayu punah.. marilah kita sama2 bangkit bersatu.. agar anak2 dan cucu2 kita di generasi akan datang tidak akan menyumpah2 kita kerana tidak mampu pertahankan kemerdekaan ini.. agar mereka tidak akan mencaci kita di masa hadapan seandainya negara kita bukan milik melayu lagi.. agar mereka tidak akan menyalahkan kita apabila mereka menjadi hamba di negara sendiri... ayuhlah wahai bangsaku... kita bersatu.. kita bersatu... kita bersatu.. 

Monday, February 27, 2012

Genting Highlands




 Percutian ke Genting Highland selalu menjadi impian kami sekeluarga sewaktu cuti sekolah setiap tahun dahulu pada zaman persekolahan.. namun kini, walaupun tidak lagi bersekolah, Genting Highlands tetap menjadi salah satu tempat perlancongan yang menarik bagi kami sekeluarga..

Keadaan di Genting Highland yang berada di tanah tinggi menimbulkan suasana yang sejuk dan nyaman.. Kemeriahan di taman temanya pula mampu mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak..

Genting Highland merupakan satu lokasi rekriasi yang amat baik bagi keluarga, pasangan atau juga rombongan dan yang pasti anda semua tidak akan berasa bosan dan dapat menikmati keseronokan bersama keluarga, kawan-kawan dan juga tidak lupa bagi yang berkunjung sebagai pasangan..

Thursday, February 2, 2012

CiNtA, KaSiH DaN SaYaNg

CINTA.. KASIH dan SAYANG... 
Perkara yang amat mudah disebut...
Tetapi amat sukar untuk dilaksanakan..
Maka janganlah mudah mengaku CINTA jika di hatimu aku tiada..
Usahlah mengaku SAYANG andai di mata tiada terbayang..
Tak perlu mengatakan KASIH andai dia dihatimu masih...

Monday, January 30, 2012

Antara CINTA dan PENGORBANAN



cinta perlukan pengorbanan dan cinta tak semestinya bersama.. kadang kala cinta itu menyakitkan.. kadang kala pula cinta itu menggembirakan.. pengorbanan amat diperlukan dalam percintaan.. sebagai contoh, ikutilah kisah ini..

     pengorbanan seorang sahabat (A) yang amat menyintai sahabat baiknya(F).. sahabat yang pada mulanya dikenali sebagai teman lelaki seorang sahabat(T).. kemudian mereka(T&F) berpisah.. dan (A) dijadikan tempat mengadu.. meluahkan rasa sedih dan duka.. di sinilah bermulanya keakraban antara (A) dan (F).. hari berganti hari... bulan berganti bulan.. dan tahun berganti tahun.. (A) terasa sesuatu yang indah menerpa dalam kehidupannya.. entah mengapa hatinya mula berbunga.. tetapi oleh kerana tidak mahu kehilangan sahabat baik, dia tidak pernah menyuarakan rasa hatinya.. dipendamkan terus rasa hatinya.. tetapi dia tetap bahagia apabila melihat kebahagiaan (F).. dan semestinya dia (A) akan sentiasa mendoakan (F) supaya bahagia dan gembira di setiap detik waktu dalam kehidupannya...

Mengapa...

tidakku duga badai akan melanda, 
ribut akan menjelma dalam percintaan kita.. 
tidakku duga kau kan berpaling arah.. 
kita kan bertelagah mencari siapa yang salah...
 ku menanti dengan sepenuh hati.. 
ku menunggu dengan perasaan rindu.. 
namun kau datang dengan kedinginanmu.. 
aku tak tahu mengapa kau jadi begitu.. 
puas sudah aku cuba tuk memperbaiki diri...
namun kau tak memandang ku lagi....
baru kini ku tahu, bukan lagi kerana ku....
tapi hatimu tak lagi milikku...

Sunday, January 29, 2012

Nukilan Untuk Awak

khas buat seseorang yang teristimewa di dalam hidupku.. terima kasih kerana sudi hadir walaupun seketika..

hArApAn TaNpA sUaRa

hayatilah bait2 dalam lirik lagu ini, semoga kita sama2 membuka hati dan minda dalam menangani isu pembuangan bayi ini..